Teruskan berhibur bersama dengan pengacara, Jayc Ho dalam TVSTARZ!

jayc pengacara tvstarz
Seorang yang riang dan berkaliber! JayC berkebolehan dalam menari, menyanyi dan menghiburkan hati anda. Saksikan telatah JayC dalam TVSTARZ!

Kenali ‘The Dream Team’

Eyqa Saiful merupakan seorang gadis Melayu yang mempunyai 8 single dalam Bahasa Iban! Keupayaan beliau untuk bernyanyi dalam Bahasa Iban telah meraih peminat yang ramai dan telah memenangi Artis Wanita Terbaik serta Lagu Balada Terbaik dalam Malam Kaban Music Production. Vokalnya yang luas pasti akan membuat anda terpukau.
Mempunyai keupayaan untuk bernyanyi dengan nada yang tinggi bukanlah suatu yang mudah. Namun, Valerie amat beruntung kerana pengalaman beliau sebagai guru vokal memudahkannya untuk mengawal lantunan suara beliau. Valerie tidak segan untuk menyerlahkan bakatnya dan sentiasa menarik perhatian penonton dengan suaranya yang merdu. Dia mempunyai sebuah single yang dilancarkan pada 2012 berjudul ‘Sabar meh Tua’.
Berkebolehan untuk menulis lagu, berlakon dan sangat mahir dalam kerja pertukangan/kraftangan. Memang betul-betul berbakat! Jalee mengidolakan Bruno mars dan The Beatles terutamanya dalam muzik. Beliau mempunyai kugiran yang bernama Sonar Instinct dan telah memenangi Anugerah Imej Terbaik (Sonar Instinct) Era Sarawak 2012.
Shane bukan sahaja mampu bernyanyi dan berdansa, tetapi dia juga merupakan seorang pereka bentuk kostum. Merupakan peminat tegar Dato’ Sri Siti Nurhaliza, vokalnya yang mantap membolehkan beliau menukar oktaf dengan mudah. Pada masa yang sama, Shane sedang menyesuaikan diri dalam industri muzik serta meningkatkan kemahiran menjahit.
Jazper bukanlah seorang yang asing dalam industri muzik. Dikenali dengan nada suaranya yang tinggi, beliau berupaya untuk menyanyikan not muzik yang tinggi dengan lancar! Beliau juga merupakan pemenang challenge #coverkasihkuselamanya dimana dia telah berpeluang untuk meluangkan masa bersama penerbit lagu dan penulis muzik, Aubrey Suwito.
Anda akan terpesona dengan suara Lydbie yang mendayu dan unik dengan caranya tersendiri. Lydbie juga mempunyai kebolehan bermain gitar, piano, dram dan juga seruling! Beliau juga baru melancarkan single bergelar ‘Go’ yang pasti akan menghiburkan anda.

Siapakah ‘Challenger’ TVSTARZ?

Gadis kacukan Bidayuh dan Iban ini memang mempunyai bakat bernyanyi semenjak kecil lagi. Merupakan seorang pelajar Ijazah Komunikasi (Penyiaran), tidak hairanlah beliau tidak kekok apabila berada di hadapan kamera. Beliau pernah menyertai berbagai pertandingan nyanyian dan tampil sebagai juara KWJF Jazz Band Search 2019!

Andrey Arifianto merupakan peminat tegar Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berasal dari negara jiran, Indonesia!
Beliau telah mengeluarkan 2 single dan selain menyanyi, beliau juga mahir dalam pembikinan serta penyuntingan video.

Nia Mia merupakan vokalis tentera dan pernah merakam lagu iban iaitu ‘Bujang Batu Gula’ dan ‘Enda Betah Nuan’. Beliau pernah menjadi johan bagi ‘Battle of The Band’ di peringkat tentera darat 2020.

Angel berasal dari Manila, Filipina yang merupakan seorang guru vokal. Pemenang pingat perak dalam World Championship of Performing Arts.