Tag: Tunku Azizah

SIBU, 12 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan penjelajahan Kembara Kenali Borneo menuju ke Kuching hari ini, melibatkan perjalanan sejauh 398 kilometer (km) dari sini.

SIBU, 11 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda berasa sangat kagum dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

BINTULU, 11 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengetuai Kembara Kenali Borneo, meneruskan perjalanan ke daerah Sibu yang melibatkan perjalanan kira-kira 213 kilometer (km), hari ini.

MIRI, 10 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan meneruskan perjalanan ke Bintulu pada hari kelapan Kembara Kenali Borneo, hari ini.

MIRI, 8 Sept: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menangis ketika menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penduduk Sabah meraikan keberangkatan tiba baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa penjelajahan terakhir Kembara Kenali Borneo di negeri itu semalam.

MIRI, 8 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Brunei, selepas singgah di Lawas, Sarawak malam tadi.

SIPITANG, 7 Sept: Meskipun hujan lebat, ‘’pesta lambaian” meraikan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tetap meriah ketika baginda dan rombongan dalam perjalanan dari Penampang ke Sipitang hari ini.

Seri Paduka berdua berangkat tiba di Tawau sempena Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan, bermula dari daerah ini dan berakhir di Telok Melano, Kuching melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.