Piala FA: Dua gol Bergson bantu JDT hadiah kejuaraan sulung buat Bidaglio

KUALA LUMPUR, 10 Sept : Dua gol jaringan penyerang dari Brazil Bergson da Silva, membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan kemarau empat tahun tanpa gelaran Piala FA, selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1, pada aksi final musim 2022 di sini, hari ini.