Tag: Sukan SEA 2023

KUCHING, 17 Mei: Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif bagi setiap pingat yang diraih oleh atlet negeri pada sukan SEA 2023 Kemboja, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

PHNOM PENH, 17 Mei: Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya dwitahunan itu di sini.

PHNOM PENH, 17 Mei: Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam tadi.

PHNOM PENH, 16 Mei: Malaysia menepati ramalan memenangi pingat emas hoki padang lelaki Sukan SEA 2023 selepas mengatasi Singapura 3-0 pada pertembungan final yang berlangsung dalam cuaca panas dan berangin di padang hoki Stadium Nasionak Morodok Techo, di sini, hari ini.

PHNOM PENH, 15 Mei: Atlet snuker negara, Thor Chuan Leong mendedikasikan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2023 kepada negara kerana terhutang budi dengan peluang kedua yang diberikan untuk sekali lagi beraksi di temasya sukan dwitahunan itu.

PHNOM PENH, 14 Mei: Selepas kira-kira 48 jam, Malaysia kembali menuai pingat emas di Sukan SEA 2023 menerusi billiard yang disumbangkan Thor Chuan Leong dalam acara snuker perseorangan lelaki.

KOTA SAMARAHAN, 14 Mei: Penganjuran kejohanan berbasikal amatur dilihat berupaya untuk mengetengahkan potensi atlet baharu dalam sukan berkenaan.

PHNOM PENH, 14 Mei: Impian pasangan pemain ping pong negara Javen Choong-Wong Qi Shen untuk meraih pingat emas lebur selepas tewas 1-3 kepada gandingan Singapura Izaac Quek-Koen Yew En Pang di pentas final Sukan SEA 2023 hari ini.

PHNOM PENH, 13 Mei: Kedudukan kontinjen negara dalam carta pungutan pingat agak mencemaskan apabila kekal berada di tempat ketujuh selepas berakhir hari ketujuh temasya Sukan SEA 2023 pada Jumaat.

PHNOM PENH, 12 Mei: Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan final Taolu wanita (Nandao + Nangun) di sini, hari ini.