Tag: Phnom Penh

PHNOM PENH, 2 Jun: Kontinjen negara disifatkan berada dalam landasan tepat untuk mencapai 33 pingat emas disasarkan pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 yang bakal membuka tirai di sini, esok, hingga 9 Jun ini.

PHNOM PENH, 14 Mei: Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali menggesa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk mengehadkan penggunaan atlet naturalisasi pada masa depan.

PHNOM PENH, 13 Mei: Kutipan pingat emas yang dilihat agak perlahan mungkin meletakkan Malaysia di ambang bahaya menggapai sasaran 40 emas pada Sukan SEA 2023 sebelum kesemua acara menutup saingannya, Selasa ini.

PHNOM PENH, 9 Mei: Malaysia kekal berada di kedudukan ketujuh selepas berakhir hari ketiga temasya Sukan SEA 2023 apabila kontinjen negara sekadar menambah empat lagi pingat emas hari ini.

PHNOM PENH, 9 Mei: Perenang Malaysia mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam perjalanan untuk merangkul pingat gangsa pada hari ketiga acara renang Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Morodok Techo, di sini, semalam.

PHNOM PENH, 9 Mei: Cuaca panas terik mencecah hampir 40 darjah Celsius tidak menghalang jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong daripada mencipta kejayaan berganda pada Sukan SEA 2023 pada Isnin.

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Petinju kebangsaan, Jackson Chambai berazam untuk memberikan persembahan terbaiknya apabila turun ke gelanggang acara berkenaan pada Sukan SEA Kemboja, esok.

PHNOM PENH, 6 Mei: Sukan larian berhalangan menjadi penyumbang pingat pertama negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

PHNOM PENH, 2 Mei: Ibarat rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Kira-kira tiga hari sebelum pembukaan rasmi temasya Sukan SEA 2023 Jumaat ini, tuan rumah dilihat masih bertungkus-lumus dalam menyiapkan kemudahan termasuk venue dan perkampungan sukan utama atlet yang terletak di Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, kira-kira setengah jam perjalanan dari sini.