Tag: mahkamah

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya hari ini gagal diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada ketiga-tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka.

SUNGAI PETANI, 6 Sept: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu.

IPOH, 25 Ogos: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mengedar dadah lebih 400 kilogram (kg).

JOHOR BAHRU, 16 Ogos: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang anak tiri perempuannya sejak tiga tahun lepas.

JOHOR BAHRU, 16 Ogos: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini.

SHAH ALAM, 10 Ogos: Seorang perunding pengurusan acara sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap dengan menghantar gangguan berulang terhadap seorang jurugambar wanita melalui tiga komunikasi di akaun Twitternya, bulan lepas.

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Seorang inspektor wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, akan mengemukakan bantahan awal terhadap tiga pertuduhan dihadapinya, termasuk mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa representasi dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya masih belum diputuskan. 

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperhalusi langkah terbaik untuk melindungi pesara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen.