Tag: len talif salleh

TANJUNG MANIS, 28 Sept: Kerajaan komited menyemarakkan aktiviti keagamaan di sini menerusi pembangunan empat buah masjid bagi membolehkan masyarakat setempat melaksanakan pelbagai aktiviti mengimarahkan rumah ibadah, kata Datuk Len Talif Salleh.

SARIKEI, 17 Sept: Delegasi yang menghadiri konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sibu pada 29 Oktober depan berpeluang menyaksikan kepelbagaian budaya yang akan dipersembahkan.

KUCHING, 12 Sept: Inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah terutama berkaitan peraturan atau prosedur lama yang membantutkan sistem penyampaian perkhidmatan.

TANJUNG MANIS, 10 Sept: Pesta Kebudayaan dan Makanan yang berlangsung di Belawai membuka ruang kepada masyarakat umum untuk mengenali warisan masyarakat di kawasan itu sejak zaman berzaman.

TANJUNG MANIS, 12 Ogos: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk melaksanakan projek penanaman tukun tiruan fasa kedua di Kuala Rajang.

SARIKEI, 2 Ogos: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang memperuntukkan sebanyak RM910,000 bagi membantu golongan muda di kawasan itu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi sejak 12 tahun lalu.

TANJUNG MANIS, 9 Julai: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang menerima sumbangan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang keseluruhannya berjumlah RM335,000.

SARIKEI, 23 Jun: Masyarakat Islam harus mengungguli amanah keilmuan dalam melahirkan insan dan ummah terbilang sejajar dengan perubahan masa.

SIBU, 12 Jun: Dua tapak di Kuala Rajang di bahagian tengah Sarawak telah dikenal pasti untuk perluasan projek pembiakan mikroalga di negeri itu, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

KUCHING, 27 Mei: Kaum Melanau yang mempunyai kepelbagaian etnik menyaksikan masyarakatnya hidup dengan majmuk sekali gus mempamerkan keunikan kaum itu, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Sumber Asli Datuk Len Talif Salleh.