Tag: imigresen

KUCHING, 26 Julai: Kerajaan Sarawak mengadakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bermula 26 Julai hingga 31 Disember 2023 bagi meregularisasikan pendatang asing tanpa izin (PATI).

KUCHING, 3 Julai: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin isu melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dengan Jabatan Imigresen Malaysia dapat diselesaikan dengan cara baik.

KUCHING, 3 Mei: Tidak ada isu terkini berkaitan imigresen di Sarawak setakat ini, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak Abang Halim Abang Naili.

TAWAU, 12 April: Jabatan Imigresen Sabah mengusir seramai 183 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 9.

KUCHING, 2 April: Bekas Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian Saging @ Balangalibun meninggal dunia hari ini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Jabatan Peguam Negara diarahkan supaya mengkaji mekanisme tunggal yang boleh digunakan untuk melakukan siasatan terhadap semua agensi penguatkuasaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Seramai sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam ‘Op Lancar’, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin di Sabah, pada Khamis lepas.

SANDAKAN, 1 Mac: Seramai 492 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) pada hari ini.

KUCHING, 10 Feb: Bekas Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Datu Ken Leben dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Kawalan) berkuat kuasa 7 Februari lepas.

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu bermula Jumaat ini sebagai antara usaha mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen.