Tag: Elmina

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Laporan awal mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam sehingga mengorbankan nyawa bulan lepas mendedahkan bahawa, mangsa kemalangan itu tidak mungkin dapat diselamatkan (not survivable) disebabkan magnitud daya hentaman kuat (deceleration force) dan kebakaran dahsyat susulan nahas.

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Laporan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa selepas terhempas di Lebuhraya Guthrie bulan lepas akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada 10 pagi esok.

LIMBANG, 26 Ogos: Kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas, sedang dihantar ke Amerika Syarikat bagi tujuan mendapatkan semula data rakaman tersebut.

GOMBAK, 20 Ogos: Polis memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan video mangsa nahas pesawat Beechcraft 390 (Peremier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie ,berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada Khamis lalu.

GOMBAK, 20 Ogos: Jenazah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam tragedi nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, hari ini.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adlina Aisyah Ahmad Rusli, balu Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

KLANG, 19 Ogos: Allahyarham Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, penunggang p-hailing yang terkorban dalam nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Khamis lepas, bekerja keras untuk membantu persiapan kenduri kahwin adik perempuannya yang dijadualkan pada 26 Ogos ini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tempoh siasatan bagi pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie (GCE) berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam dijangka mengambil selama seminggu jika tiada kerosakan dalaman pada kotak hitam pesawat itu, kata seorang pakar industri penerbangan.

KLANG, 18 Ogos: Waris semua mangsa telah selesai memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, 18 Ogos: Operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam, telah 95 peratus selesai.

Paling Popular