Tag: daun ketum

KUALA NERANG, 20 Feb: Cubaan seorang lelaki menyeludup keluar kira-kira 830 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran melalui sempadan darat gagal apabila dia ditahan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Ladang Seraya Durian Burung di sini, semalam.

KOTA BHARU, 8 Jan: Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram (kg) bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.

BALIK PULAU, 25 Dis: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 105 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini semalam.

KUANTAN, 30 Nov: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas daun ketum dianggarkan seberat 243 kilogram (kg) menerusi serbuan ke atas sebuah kereta di Kilometer 63 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, awal pagi semalam.

PADANG BESAR, 29 Jun : Polis Perlis sedang giat mengesan dalang utama yang dipercayai membekalkan ribuan data peribadi kepada sindiket penipuan pendaftaran kad SIM prabayar secara tidak sah.

KANGAR, 9 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis merampas 70 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM12,600 di kedudukan 3.1 batu nautika dari barat daya pantai Sungai Baru semalam.

KUALA NERANG, 26 Mac : Pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mungkin boleh mendapat manfaat sekiranya Kerajaan Persekutuan membenarkan eksport daun ketum ke luar negara.

TELUK INTAN, 19 Julai — Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum ke Lembah Klang menggunakan surat kebenaran palsu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) gagal apabila lori yang dinaiki mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, awal pagi semalam.

ALOR SETAR, 14 Julai — Polis menahan dua lelaki serta merampas 3.7 tan (3,700 kg) daun ketum yang cuba diseludup ke Kelantan dalam satu tangkapan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Baling-Gerik berdekatan Simpang Tiga Jerai, Kupang, dekat Baling, tengah malam tadi.

JELI, 4 Julai (Bernama) — Polis Kelantan mematahkan dua aktiviti penyeludupan daun ketum dengan nilai keseluruhan RM12,000, dalam kes berasingan di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, di sini, pada 2 dan 3 Julai.