Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.
Negeri Yang Hilang Di Sarawak
Negeri Yang Hilang Di Sarawak
Mengisahkan permulaan seorang insan yang bergelar sejarawan ulung Sarawak Datu Dr.Haji Sanib bin Haji Said yang menghabiskan sepanjang hayatnya mengabdi sebagai ilmuwan dan cendekiawan aliran sejarah. Berdekad-dekad perjalanan mengembara lautan sejarah mencari asal usul, jati diri, ketamadunan dan peradaban bangsa Melayu Sarawak bukanlah perkara yang mudah malah berjalan didaratan yang berliku-liku dan merentasi lautan samudera bergolak ombak. Biografi Datu Dr. Haji Sanib Said menjadi intipati utama yang menceritakan permulaan kisah mencari negeri Melayu yang hilang di Negeri Sarawak. Bagaimanakah tercetusnya pensejarahan awal yang hilang? akan dipaparkan sebagai mukadimah dokumentari. Kisah bermula dari sejak dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya sebagai mahasiswa jurusan sejarah namun memiliki hasrat untuk mengangkat martabat ilmua sejarah negeri Sarawak ke satu tempat yang tinggi setanding dengan peradaban dan tamadun yang tercatat dalam sejarah.
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.
There are no reviews yet.