Jumlah mangsa terkorban selama lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas kini mencecah 11,240 orang sehingga semalam. Foto: AFP

11,240 terkorban perang di Gaza – Hamas

ByAFP

SEMENANJUNG GAZA, 14 Nov: Jumlah mangsa terkorban sepanjang lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas kini mencecah 11,240 orang sehingga semalam.

Kerajaan Hamas berkata, antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita dengan 29,000 lagi cedera.

Kementerian kesihatan pula berkata terdapat berpuluh-puluh mayat di jalan di utara Gaza – lokasi pertempuran paling hebat berlaku.

Ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan turut menjadi sasaran serangan Israel. – AFP