Aaron Ago mencuba menulis kaligrafi Cina semasa melawat 'rumah etnik Cina' Pesta Kanowit 2023 di sini hari ini. Foto: TVS

Kanowit kekal aman – Aaron Ago

ByTVS

KANOWIT, 24 Sept: Daerah ini kekal berada dalam keadaan aman dan sejahtera walaupun dicemari insiden pergaduhan yang tular baru – baru ini, kata Ahli Parlimennya, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan Negara berkata, kes yang berlaku baru – baru ini bukanlah isu perkauman sebaliknya membabitkan kes jenayah dan masih dalam siasatan polis.

“Kehadiran orang ramai pada Pesta Kanowit hari ini sudah cukup membuktikan bahawa daerah ini aman.

“Suasana selamat, jika sebaliknya tidak akan ada orang datang.

“Kehadiran pengunjung sangat memberangsangkan sehingga keadaan padat di setiap kawasan pesta, sampai tiada ruang. Saya fikir harus buat waterfront yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tahap keselamatan di Kanowit susulan insiden rusuhan yang berlaku di belakang Pejabat Daerah Kanowit pada 12 September lepas.

Sebelum ini Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Mohd. Sapri dilaporkan berkata, siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -TVS