Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Festival Muzik Borneo Sonic melancarkan promosi untuk pas kemasukan sehari, hanya terpakai kepada kategori VIP dan CAT-1. Foto: Facebook Borneo Sonic MF

Pas sehari Borneo Sonic Music Festival kini dijual

ByKamilah Yunus

KUCHING, 31 Ogos: Orang ramai kini boleh membeli tiket satu hari untuk Borneo Sonic Music Festival 2023.

Penganjur memaklumkan, promosi berkenaan dibuka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

“Pas itu hanya terpakai kepada kategori VIP dan CAT-1 sahaja.

“Pas VIP dijual pada harga RM831 manakala kategori CAT-1 RM660.

“Pas kemasukan hanya sah dipakai selama satu hari sahaja sama ada pada 6 atau 7 Oktober,” jelas penganjur menerusi kenyataan media.

Tawaran berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat acara tersebut dengan lebih dekat dan bersemangat.

Menawarkan bilangan terhad, jualan pantas pas sehari akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2023.

Orang ramai boleh layari laman web rasmi Borneo Sonic Music Festival 2023 untuk pembelian tiket iaitu www.borneosonic.com – TVS

Berita Berkaitan

ByNur Suhaida Muliyono-