Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melawat gerai media Sarawak yang diadakan di Mydin Meru hari ini. Foto: Jeeridyne (TVS)

Fahmi lawat gerai media Sarawak

ByJeeridyne

IPOH, 28 Mei: Sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA 2023) yang diadakan di Ipoh, Perak, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini melawat gerai media Sarawak yang diadakan di Mydin Meru.

Fahmi Fadzil melawat gerai media Sarawak yang diadakan di Mydin Meru hari ini. Foto: Jeeridyne (TVS)

Dalam lawatan tersebut, Fahmi bersama Timbalannya Teo Nie Ching meluangkan masa beramah mesra dengan 13 wakil dari media Sarawak.

Wakil dari TVS, Jeeridyne Chan sempat memberi cenderamata TVS kepada Fahmi dan Teo sewaktu lawatan.

Fahmi Fadzil bergambar bersama wakil media Sarawak. Foto: Jeeridyne (TVS)

Acara kemuncak HAWANA akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi Fahmi pada petang ini. -TVS

Berita Berkaitan