KPM bincang kenaikan gaji guru berkelayakan akademik tinggi – Fadhlina

Spread the love

NIBONG TEBAL, 27 Mei: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam radar mengadakan perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cadangan berkenaan merupakan antara tumpuan utama KPM dalam meningkatkan kualiti sektor pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan di Sungai Duri di sini hari ini. Foto: TVS.

“Kita ambil pandangan itu secara serius seperti diumumkan Perdana Menteri yang akan menjadi tumpuan awal sebaik sahaja ekonomi negara pulih, selain ia tidak lari daripada hasrat KPM.

“Ia (isu gaji) sedang dalam radar perbincangan KPM, dalam konteks untuk menaikkan integriti dan kualiti perkhidmatan perguruan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan di Sungai Duri di sini, pada Sabtu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan di Sungai Duri di sini hari ini. Foto: TVS.

Beliau yang diminta mengulas berhubung Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad baru-baru ini menyarankan isu menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi.

Menurut Anuar, ia sebagai pengiktirafan kepada guru bagi memantapkan bidang pendidikan negara kerana gaji guru yang memiliki kelayakan sarjana dan doktor falsafah (PHD) adalah sama dan wajar dikaji semula.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM tidak menghalang guru melanjutkan pelajaran, bahkan memberi galakan dalam meningkatkan kualiti perguruan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.