DUN Sarawak: Kerajaan Sarawak kutip lebih RM4 juta nilai jualan kayu rampasan

Spread the love

KUCHING, 24 Mei: Kerajaan Sarawak mengutip RM4,027,150 hasil jualan kayu rampasan bagi tempoh 2020 hingga 2022, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan 

Menurutnya, kayu rampasan berkenaan dihasilkan menerusi 264 kes kesalahan berkaitan perhutanan bagi tempoh yang sama.

@tvstvmy

Kerajaan Sarawak mengutip RM4,027,150 hasil jualan kayu rampasan bagi tempoh 2020 hingga 2022, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. TVS122 TVSNews #DUNSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Sebanyak 15 kes telah didaftar untuk pendakwaan di mahkamah, 12 daripadanya telah diselesaikan dengan lima orang tertuduh disabitkan kesalahan. Tiga kes lagi masih dalam proses perbicaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau memaklumkan kompaun yang dikutip bagi kesalahan berkaitan perhutanan adalah berjumlah RM1.6 juta.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II memberi jaminan bahawa masalah pembalakan haram di Sarawak masih terkawal. 

Sementara itu, Awang Tengah memaklumkan jumlah keseluruhan kawasan yang telah diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) di negeri ini adalah seluas lebih kurang dua juta hektar.

Menurutnya, kira-kira 872 ribu hektar kawasan daratan bersamaan 87.2 peratus daripada sasaran satu juta hektar kawasan telah diwartakan sebagai TPA. 

Manakala, bagi kawasan marin, lebih kurang 1.24 juta hektar telah diwartakan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.