Acara berbasikal trek SUKMA 2024 dijangka berlangsung di Jalan FAC, Kuching – Abdul Karim

Spread the love

KUCHING, 23 Mei: Acara berbasikal trek bagi temasya SUKMA 2024 dijangka akan diadakan di Jalan FAC, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu berkata, ini kerana acara berkenaan tidak dapat anjurkan di Pusat Velodrom Sarawak yang bakal dibina.

@tvstvmy

Acara berbasikal trek bagi temasya SUKMA 2024 dijangka akan diadakan di Jalan FAC, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. TVS122 TVSNews DUNSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

Katanya, pembinaan pusat berkenaan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga tahun dan dijangka siap pada 2026.

“Saya berharap agar veledrom itu akan dibina di Kompleks Sukan Sarawak dan bakal menjadi prasarana sukan yang terbesar di Malaysia,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Abdul Karim turut menjelaskan timbul beberapa isu berkaitan lot tanah di lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan veledrom berkenaan.

“Tanah itu sebelum ini yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk membina Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak yang baharu.

“Ketika ini pihak berkenaan tidak berhasrat untuk menyerahkan tanah berkenaan kepada kita dan kita pula tidak mempunyai hak untuk mengambilnya,” kata beliau.

Menjelas lanjut, Abdul Karim berkata isu berkaitan tanah ini bukan sesuatu yang baharu malah beberapa isu seumpama kerap berlaku di sini.

“Banyak tempat lain di mana tanah itu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan telah mendaftarkannya di bawah Suruhanjaya Tanah Persekutuan bagi membina fasiliti tertentu.

“Isu ini telah dibangkitkan dalam perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mana kita membuat keputusan jika sesebuah tanah itu tidak dibangunkan dalam tempoh tertentu, kita akan mengambil semula,” katanya.

Sementara itu Abdul Karim berkata walaupun veledrom berkenaan tidak dapat digunakan pada SUKMA 2024, ia boleh dimanfaatkan untuk acara sukan bertaraf antarabangsa yang bakal dianjurkan di Sarawak.

“Pembinaan veledrom  masih diteruskan kerana akan ada satu acara (sukan) bertaraf antarabangsa tetapi saya tidak boleh mengumumkannya terlebih dahulu,” jelasnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.