DUN Sarawak: Pelan Induk Pembangunan Bakat Negeri dimuktamadkan suku keempat 2023

Spread the love

KUCHING, 22 Mei: Pelan Induk Pembangunan Bakat Negeri Sarawak akan dimuktamadkan menjelang suku keempat tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya, penggubalan pelan induk itu sejajar dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam memenuhi keperluan ekonomi baharu.

@tvstvmy

Pelan Induk Pembangunan Bakat Negeri Sarawak akan dimuktamadkan menjelang suku keempat tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Roland Sagah Wee Inn. TVS122 TVSNews #DUNSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Di bawah PCDS 2030, MEITD ditugaskan untuk menerajui pembangunan modal insan di Sarawak bagi melengkapkan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai.

“Menyedari kepentingan itu, satu Pelan Induk Pembangunan Bakat sedang digubal melibatkan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, pemain industri dan institut pengajian tinggi dan teknikal,” katanya berucap menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, MEITD juga bergiat aktif meningkatkan kesedaran dan minat dalam bidang kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui pelbagai inisiatif seperti ‘NASA Space Apps Challenge’.

NASA Space Apps Challenge merupakan acara sains angkasa dan ‘hackathon’ tahunan terbesar antarabangsa anjuran National Aeronautics and Space Administration (NASA), Amerika Syarikat.

Kini dalam siri ketiga anjurannya, Sagah berkata pada 2021, peserta dari SMK Bintulu telah dinobatkan sebagai ‘Global Winner’ dalam program berkenaan.

“Pencapaian sebegini boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar kita untuk berusaha dan mengejar minat dan masa depan dalam STEM,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.