Bidang pendidikan terus jadi fokus Kerajaan Sarawak – Dr Abdul Rahman

Spread the love

LIMBANG, 22 Mei: Kerajaan Sarawak akan terus menambah baik prasarana pendidikan bagi memastikan pelajar menikmati suasana pembelajaran yang kondusif, kata Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, ini selaras dengan usaha mengangkat sistem pendidikan ke tahap lebih tinggi termasuk di Limbang.

Katanya, sektor pendidikan juga akan terus menjadi teras utama dan seterusnya mencapai visi Sarawak menjadi negeri maju dalam pelbagai aspek.

 

 

Dr Abdul Rahman memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PIBG SK Batu Empat Limbang. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota

“Kerajaan negeri akan terus perjuangkan bidang pendidikan demi keperluan rakyat.

“Kita mahu melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Empat Limbang di sini semalam.

Turut hadir, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) yang juga Yang Dipertua PIBG SK Batu Empat Limbang, Kaunselor Sufian Mohat dan Guru Besar SK Batu Empat Limbang, Sheikh Mohamad Ali Sheikh Ahmad .

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, walaupun sektor pendidikan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan namun Kerajaan Sarawak tidak bersikap lepas tangan.

“Kita tetap membantu bagi memastikan anak-anak mendapat kemudahan pembelajaran yang selesa.

“Wakil rakyat juga membantu dengan mempertimbangkan permohonan yang dibuat oleh pihak sekolah,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.