Bangunan terbakar tidak berpenghuni – KWSP

Spread the love

KUCHING, 22 Mei: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan premisnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya yang terbakar hari ini tidak berpenghuni.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata, kebakaran yang berlaku pada pukul 10.39 pagi tadi itu juga tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Bangunan itu kini kosong dan butiran lanjut akan diberikan,” jelas jabatan itu menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran yang melibatkan tingkat empat dan lima bangunan berkenaan berjaya dikawal pada pukul 11.08 pagi.

Sementara itu, KWSP berkata, JBPM juga akan menyiasat punca kebakaran.

Pada Februari 2018, hampir 40 peratus bangunan setinggi enam tingkat itu mengalami kemusnahan akibat kebakaran. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.