(VIDEO) Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall di sini, hari ini.

Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu.

“Kebakaran itu melibatkan salah sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.