Gangguan bekalan air di Bau kembali pulih tengah hari ini

Spread the love

KUCHING, 17 Mei: Gangguan bekalan air yang berlaku di Bau akibat daripada kebocoran saluran paip utama di Jambatan Sg. Siniawan Jalan Bau-Kuching dijangka pulih pada tengah hari ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata kerja-kerja baik pulih dilakukan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sejak malam tadi.

Bagaimanapun, kerja pembaikan mengambil masa yang lama daripada masa ditetapkan susulan masalah teknikal, katanya ketika dihubungi.

“Pengisian tangki yang terjejas dilakukan sejak 4 pagi tadi dan dijangka selesai menjelang tengah hari nanti,” katanya.

Antara kawasan yang terjejas adalah seluruh pasar Bau, Jalan Sebuku Buso, Kawasan Jagoi, Krokong, Tringgus/ Gumbang, Jalan Tiburit, Batu 5 Sibuluh, Jalan Ngori, Jalan Nowang, Kpg Tembawang Sauh, Tembawang Islam, Kpg Setenggang, Kpg Sepadah, Stum Muda, Raso 1&2, Setungkor Baru dan Lama, Kpg Bokah Jalan Bau-Lundu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.