Bangunan BCCK diperbesarkan menggunakan bahan kayu sepenuhnya – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 17 Mei: Bangunan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bakal diperbesarkan menggunakan bahan kayu sepenuhnya, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sambil berharap pusat konvensyen itu kelak akan dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan, beliau berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pusat konvensyen berasaskan kayu dibina di Sarawak

“Pada masa sama, kita juga dapat mempamerkan produk perkayuan,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kayu Sarawak 2023 di BCCK di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, pembesaran bangunan itu merupakan antara usaha mempromosikan Sarawak di mata dunia.

Justeru, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkaitan untuk merealisasikannya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.