Tun Taib rasmi pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Spread the love

KUCHING, 15 Mei: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pagi ini.

Ini merupakan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19.

Persidangan lapan hari itu akan digulung perbahasannya oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 24 Mei.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata tiga rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan.

Menurutnya, tiga RUU terbabit ialah Perbekalan Tambahan (2022) 2023 dan Perbekalan Tambahan (2023) 2023 yang akan dibentangkan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan RUU Majlis Kraf Sarawak 2023.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada upacara perasmian pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Persidangan kali ini, 375 soalan lisan dan bertulis diterima.

Daripada jumlah itu, 305 adalah soalan lisan yang diterima daripada 42 Ahli DUN manakala 70 lagi soalan bertulis yang diterima daripada 18 Ahli DUN. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.