Pada saingan final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, atlet berusia 23 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.
Kejayaan tersebut juga mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu apabila meraih emas dalam acara berkenaan.
Pencapaian Muhammad Syafiq itu sekali gus melegakan kem negara yang ketandusan pingat emas pada hari ke-10 temasya itu hari ini.
Pingat emas dimenangi Muhammad Syafiq itu adalah ketiga daripada skuad taekwondo selepas dua emas diraih dalam acara poomsae, sebelum ini. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.