TVS rangkul Anugerah Kewartawanan Penyiaran di Anugerah Anak Sarawak ke-10

Spread the love

KUCHING, 12 Mei: TVS merangkul Anugerah Kewartawanan Penyiaran Kecemerlangan Perniagaan di Anugerah Anak Sarawak ke-10 2023 di sini, pada Jumaat.

Kemenangan itu menerusi pencalonan editor, Daryll Law bagi liputan mengenai impak sosial kepada komuniti tempatan di Niah sekiranya Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO).

Baca artikel berkaitan > > > Sarawak kemudi industri acara perniagaan di Malaysia – Abang Johari

“Saya harap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus memelihara keindahan alam di Niah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih serta saya mendedikasikan anugerah ini kepada semua yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Anak Sarawak kali ke-10 di sini, semalam.

Majlis penganugerahan telah disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta disaksikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bertemakan ‘Passion Inspires Legacies’, majlis anugerah berprestij itu dianjurkan Business Events Earawak (BeSarawak) memberi penghormatan kepada individu dan organisasi yang mengharumkan nama Sarawak menerusi acara perniagaan yang paling gemilang menerusi pendekatan minat, komitmen dan pemikiran mereka ke persada antarabangsa.-TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.