Hari Ibu: Peniaga, pengunjung di Pasar Limbang terima sekuntum ros

Spread the love

LIMBANG, 13 Mei: Golongan ibu di sini yang merupakan peniaga dan pengunjung di Bangunan Tamu dan Pasar Limbang menerima sekuntum ros hari ini bersempena sambutan Hari Ibu.

Dianggarkan seramai 600 daripada mereka ini bergembira dengan kejutan yang dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Limbang dengan kerjasama Jiran Muda.

Seorang peniaga bangunan Tamu Limbang menerima kejutan apabila menerima bunga daripada KRT Pekan Limbang. Foto: TVS.

Pengerusi KRT Pekan Kapitan Ang Chiw Kiam berkata inisiatif itu bertujuan untuk meraikan mereka sekali gus sebagai tanda menghargai pengorbanan dan jasa para ibu.

“Sambutan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu yang sudah banyak berkorban dalam melahir serta membesarkan kita,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Seorang warga emas di Pasar Limbang menerima bunga sempena Hari Ibu. Foto: TVS.

Turut sama Pegawai Perpaduan Bahagian Hashim Daimon dan pengerusi Jiran Muda Michelle Lau Ping Ping.

Ang berkata, program itu merupakan acara tahunan pihaknya serta kini memasuki tahun ke-10 pada tahun ini.

Justeru itu, beliau berharap penganjuran program berikut akan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai aspek ikatan kekeluargaan serta kepentingan menghargai ibu bapa masing-masing. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.