Facebook, YouTube, Twitter sekali lagi disekat di Pakistan

Spread the love

KARACHI, Pakistan, 13 Mei: Facebook, YouTube dan Twitter tidak boleh diakses di Pakistan hari ini selepas ‘dipulihkan buat sementara waktu’ pada lewat Jumaat, kata seorang pengguna kepada Reuters.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pakistan sebelum ini menggantung perkhidmatan internet di seluruh negara susulan pergolakan yang tercetus.

Langkah itu termasuk menyekat akses kepada Facebook, YouTube dan Twitter pada Selasa, berikutan situasi genting ekoran penahanan bekas Perdana Menteri, Imran Khan oleh agensi antirasuah Pakistan.

Baca artikel berkaitan: 

  1. 1. Bekas PM Pakistan ditahan, cetus protes jalanan di seluruh negara
  2. 2. Krisis Pakistan semakin buruk, tentera akan dikerahkan di Wilayah Punjab

Kesemua media sosial itu boleh diakses semalam namun sekali lagi disekat hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.