RHB intai peluang kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 12 Mei: Sebagai penasihat utama Kerajaan Sarawak bagi beberapa projek mega, termasuk Petchem, RHB Bank terus mengintai peluang untuk bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai lagi projek pambanguanan di negeri ini.

Hasrat itu, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamed didukung dengan inisiatif pihaknya  mengukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri termasuk komitmen untuk terus mengembangkan operasinya di Sarawak selepas ini.

RHB kukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

“Banyak lagi projek-projek lain termasuk yang berskala kecil namun saya tidak dapat kongsikan sekarang kerana kebanyakannya masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Abang Johari kerana telah menjemput pihak pengurusan RHB Bank untuk berkunjung ke pejabatnya.

Turut hadir Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan, Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pelaburan RHB, Ganesh Sabaratnam dan Pengarah Bahagian Sarawak, Mohammad Tony Ong Abdullah. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.