Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2023, Shirlyn ingin pamer Sarawak di mata dunia

Spread the love
KUCHING, 12 Mei: Liku perjalanan hingga dinobatkan sebagai Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2023 (Queen of International Tourism 2023) di Filipina, baru-baru ini merupakan penalaman yang indah bagi Shirlyn Sarina Hendry.
Menurut jelitawan Bumi Kenyalang ini sokongan keluarganya merupakan pembakar semangat untuk dirinya mara sebagai wakil Malaysia di pentas antarabangsa pada April lalu.

“Sebelum saya bertanding di Filipina, saya sepatutnya bertanding di sebuah lagi pertandingan ratu cantik di Mexico, dua tahun lalu, tetapi akibat pandemik covid-19, ia tertunda.

“Jadi dua tahun itu saya gunakan sepenuhnya untuk membuat persiapan, dengan mengimbangi kerja dan pengajian pascasiswazah, akhirnya saya dapat mara bersaing dan berterima kasih atas sokongan daripada ahli keluarga,” katanya ketika di Lapangan Antarabangsa Kuching (KIA) pada Khamis.
Bersandarkan kepada kemenangannya, ratu cantik berketurunan Lun Bawang Bario Miri itu mendedahkan bahawa dirinya akan mengenengahkan gelaran dan kepakarannya sebagai platform terbaik untuk mempromosikan industri pelancongan Sarawak.

“Ini merupakan kali pertama saya balik ke tanah air saya di Sarawak sejak pertandingan di Filipina setibanya saya pulang saya disambut dengan meriah dan bangga sekali dalam kalangan orang tempatan di sini.
“Oleh itu, (perancangan saya selepas ini), saya akan memperagakan keindahan budaya dan masyarakat di Sarawak di peringkat antarabangsa,” kata Shirlyn.
Dalam pada itu, gadis ini juga berhasrat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan berhala tuju terhadap pemerkasaan wanita.
Aktiviti terkininya akan terlibat dalam sebuah pertandingan sempena Festival Borneo Antarabangsa pada Sabtu ini yang akan mempertaruhkan nasib pemenangnya akan bertanding di peringkat akhir di London, United Kingdom hujung tahun ini.
Difahamkan seramai 25 jelitawan dari pelbagai negara menyertai pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2023 di Filipina pada April lalu termasuk Malaysia, India, Bulgaria, Afrika Selatan, Filipina, UAE, Ghana, Myanmar, Sudan dan Sri Lanka. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.