Sarawak mohon peruntukan tambahan untuk pemetaan geologi dan kajian sumber mineral

Spread the love

PUTRA JAYA, 8 Mei: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pemetaan geologi dan kajian sumber mineral di Sarawak

Permohonan itu dibentangkannya menerusi Mesyuarat Mineral Negara Kedua di sini, hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan Mesyuarat Mineral Negara Kedua. Foto: Facebook Fadillah Yusof.

Pejabat Timbalan Premier Sarawak menerusi kenyataan media berkata, selain itu, Awang Tengah turut menekankan kepentingan sektor perlombongan yang disenaraikan dalam Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Besar dari setiap negeri.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak Datu Zaidi Mahdi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Datu Abdullah Julaihi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.