KUALA LUMPUR, 5 Mei: Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak berisiko dilanda fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dari 5 hingga 7 Mei, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis.
Menurut ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan agensi itu, berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat.
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN pic.twitter.com/yjgoWBtaj3
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) May 4, 2023
“Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin barat daya di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dari 5 hingga 10 Mei 2023,” menurut MetMalaysia.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi jabatan terlibat bagi maklumat yang terkini dan sahih. – TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.