KUCHING, 5 Mei: Mukah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap satu dengan status berjaga-jaga sehubungan itu masyarakat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba.
Pengarah Pejabat Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim mendedahkan kawasan itu mengalami suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius dan dijangka akan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Kementerian Kesihatan pun telah mengeluarkan garis panduan berhubung orang ramai tidak digalakkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di luar pada waktu siang kerana suhu menunjukan peningkatan ketara.
‘Selain itu cara berpakaian juga perlu sesuai terutama kepada kanak-kanak yang bersekolah’, kata Khairul Najib berkata demikian ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.
Strok haba merupakan penyakit yang disebabkan kepanasan melampau yang didahului oleh kejang haba, diikuti dengan kelesuan haba.
Sementara simptom bagi kelesuan haba antara lain ialah suhu badan meningkat hingga 39 darjah Celcius, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan yang melampau. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.