30 minit tahan sakit kaki tersepit dalam kemalangan berantai

Spread the love

BINTULU, 5 Mei: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama lebih 30 minit apabila kakinya di tempat duduk pemandu dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tanjung Batu di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa terbabit berjaya dikeluarkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menggunakan peralatan khas.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.04 malam mengerahkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dengan kekuatan lapan anggota dan pegawai.

Menurutnya setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang pemandu lori berusia lingkungan 40-an didapati tersepit di bahagian kaki.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan menggunakan peralatan menyelamat ‘Rescue Rool’ dan mangsa berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian serta didapati mengalami kecederaan parah di bahagian kaki sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Bintulu untuk rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Difahamkan mangsa tidak sempat menekan brek mengakibatkan pelanggaran di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda jenis Mazda yang juga melanggar kereta jenis Perodua Alza di hadapan.

Operasi penyelamatan tamat pada jam 9.32 malam manakala punca kemalangan masih dalam siasatan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.