JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa baginda mengeluarkan titah itu kerana tidak berpuas hati dengan kualiti padang Harimau Selatan ketika ini.
“Kerja-kerja menaik taraf dan kemungkinan penanaman semula rumput akan dijalankan pada penghujung musim.
“Ia akan dimulakan dengan Pusat Latihan JDT dan Stadium Sultan Ibrahim untuk persediaan menghadapi musim 2024,” menurut hantaran itu.
Padang JDT di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan Pusat Latihan JDT di Seri Gelam menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.