Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Poster ucapan Seri Paduka berdua itu dimuat naik di Facebook Istana Negara.
“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” menurut Istana Negara.
Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.