Tidak ada isu imigresen di Sarawak – Pengarah Imigresen

Spread the love

KUCHING, 3 Mei: Tidak ada isu terkini berkaitan imigresen di Sarawak setakat ini, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak Abang Halim Abang Naili.

Menurutnya, situasi berkenaan disampaikan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada kunjungan hormatnya hari ini.

“Kita (Imigresen) menerima amanat dan nasihat daripada Premier (Sarawak). Kebanyakannya telah dibincang secara sepintas lalu. 

“Setakat ini (tidak ada) isu-isu imigresen seperti keadaan di pintu masuk serta ‘checkpoint’ kita di udara dan darat. Begitu juga tentang bekalan pasport,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat di Pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, kunjungan hormat itu adalah untuk mendapatkan pandangan kerajaan Sarawak tentang pengurusan berkaitan imigresen di negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak (Pengurusan) Azlan Othman dan Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak (Kawalan) Alice Alixius. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.