Premier Sarawak kunjungi kediaman Dato Sri Talat

Spread the love

KUCHING, 24 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengunjungi kediaman Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Abang Johari yang tiba pada jam 8 malam disambut Talat Mahmood serta keluarga di kediaman mereka di Vista Ibrahim, Jalan Bako.

Beliau serta isteri meninggalkan perkarangan Talat Mahmood dan seterusnya bergerak ke kediaman balu kepada Ketua Menteri Sarawak ke-5, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem iaitu Datuk Patinggi Puan Sri Jamilah Anu di Santubong pada jam 9 malam yang juga merupakan kunjungan terakhir mereka hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.