Indonesia akan bawa pulang rakyatnya dari Sudan

Spread the love

JAKARTA, 24 April: Indonesia akan membawa balik 827 rakyatnya yang berada di Sudan pulang ke tanah air susulan pertempuran yang terjadi di kawasan Khartoum, Sudan, Afrika Utara yang berlarutan telah memasuki fasa kritikal.

Rakyat Indonesia yang dibawa keluar dari Sudan menuju Jeddah dalam sebuah operasi menyelamat oleh Kementerian Luar Negara Indonesia. Foto: Kemlu RI

Tindakan membawa keluar seluruh warga negara Indonesia telahpun dilakukan dari beberapa wilayah pertempuran dan berjaya dipindahkan ke Banda Port Sudan setakat ini.

Menurut Menteri Luar Negara Indonesia, Retno Marsudi, tindakan serta-merta ini untuk memastikan keselamatan rakyat Indonesia dari pertempuran.

Sekurang-kurangnya 36 Tentera Nasional Indonesia (TNI) dihantar dalam operasi memulangkan rakyat Indonesia susulan pertempuran di Kharoum, Sudan. Foto: David Andreas (TVS)

“Alhamdulillah, seramai 538 warga Indonesia pada peringkat pertama telah selamat tiba di Bandar Port Sudan akan menuju Jeddah dan nanti pada peringkat kedua seramai 289 orang akan dipindahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keseluruhan warga Indonesia itu akan dibawa ke Jeddah, Arab Saudi yang merupakan Pusat Operasi Indonesia di sana.

“Pihak kerajaan juga membabitkan pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam operasi ini, dan setidaknya 36 tentera dengan satu pesawat dihantar hari ini ke Jedah untuk memastikan keselamatan operasi.

“Selanjutnya setelah misi pemindahan berjaya membawa warga Indonesia ke Jedah, pasukan TNI akan membawa mereka pulang ke Jakarta.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.