Dua pemandu pacuan empat roda maut dalam kemalangan

Spread the love

SELANGAU, 17 April: Dua pemandu pacuan empat roda maut tersepit dalam nahas kemalangan di Jalan Selangau-Mukah di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Linggam Ngabok, 57, manakala seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Tiga penumpang dua kenderaan itu cedera.

Balai Bomba dan Penyelamat Selangau menerima panggilan pada 11.15 pagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.