Aroma Sungkei – Episod 24 | Resipi Mee Kolok Ayam Cendawan dan Tumpik & Sos Kurma

Spread the love

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 24 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Sabtu (15 April).

Dua menu yang dipertontonkan ialah Mee Kolok Ayam Cendawan dan Tumpik & Sos Kurma. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti dua resipi sajian di bawah.

Mee Kolok Ayam Cendawan (2 pax)

Bahan-bahan:

200 g Ayam potong dadu
4 keping mi kolok kering
5 keping cendawan shitake
4 ulas bawang putih
4 bawang merang
1 cawan Minyak bawang
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu tepung jagung
Garam
Lada putih

Cara memasak:

  1. 1. Celur mi kolok
  2. 2. Cincang halus bawang putih & bawang merah
  3. 3. Hiris cendawan shitake
  4. 4. Tumis bahan cincang & cendawan sehingga naik bau
  5. 5. Masukkan ayam dan masukkan sos tiram, kicap manis & kicap pekat
  6. 6. Campurkan dengan mi kolok yang sudah direbus
  7. 7. Masukkan sawi dan tauge Sedia dihidang

Tumpik & Sos Kurma

Bahan-bahan:

200g Cawan Tepung Lemantak
1/2 Cawan Kelapa Parut
9 biji Kurma
1 cawan Susu Badam
Garam

Cara memasak:

  1. 1. Tapis tepung lemantak sehingga halus
  2. 2. Campurkan tepung lemantak dengan kelapa parut
  3. 3. Masukkan sedikit garam
  4. 4. Masak selama 10 minit
  5. 5. Kisar susu badam dan kurma yang sudah direndam
  6. 6. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.