56 pegawai dan anggota APM Kuching naik pangkat

Spread the love

KUCHING, 15 April: Seramai 56 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching dianugerahkan kenaikan pangkat pada Majlis Pemakaian Pangkat 2023 yang berlangsung petang semalam.

Pengarah APM Negeri Sarawak, Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab Rahim berkata, penganugerahan itu bertujuan untuk menstruktur semula pegawai dan anggota mengikut kekosongan sedia ada sekali gus memberi penghargaan kepada para petugas berdasarkan rekod pencapaian beberapa tahun termasuklah semasa pandemik wabak COVID-19.

Pengarah APM Negeri Sarawak, Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab Rahim pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat 2023 bertempat di Auditorium, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

“Ia (penganugerahan pangkat) bertujuan untuk kita menstrukturkan balik pasukan. Ada kekosongan dan juga ada prestasi yang kita nak bagi ganjaran kepada mereka yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat 2023 bertempat di Auditorium, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai kekuatan terkini APM Sarawak, Abdul Wahab mendedahkan seramai 5,000 pegawai dan anggota APM masih aktif manakala yang berdaftar adalah seramai sekitar 20,000 orang.

Beliau juga turut mengingatkan para pegawai dan anggota APM untuk sentiasa peka terhadap skop pengurusan pasukan.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Left Kolonel (PA) Raja Mohamad Al Hakim Raja Jaafar @ Raja Yaakub dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Yang Berusaha Mejar (PA) Wan Khairul Zakhwan Wan Tajudden. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.