Sarawak akan guna sistem pencetakan 3D untuk bina rumah, bangunan – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 14 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat mengubah cara Sarawak dalam pembinaan rumah serta bangunan dengan menggunakan teknologi sistem pencetakan 3D.

Pendekatan itu menurut beliau dilaksanakan dengan memohon kepakaran dari China agar projek di negeri ini dibangunkan dalam tempoh masa yang singkat pada masa akan datang.

“Ketika ini saya telah menghantar kumpulan syarikat pembinaan daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) ke negara China untuk mempelajari pencetakan 3D bagi pembinaan rumah yang lengkap dalam masa yang singkat,” katanyai.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau menegaskan cara baharu itu juga mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing, sekali gus meningkatkan kecekapan digitalisasi dalam membangunkan Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.