Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd. Shibli Abang Mohd. Nailie (kanan) hadir pada Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf di sini hari ini. Foto TVS.

TBS agih zakat RM22.7 juta setakat Mac lepas

ByKamilah Yunus

KUCHING, 10 April: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan zakat berjumlah RM22.7 juta menerusi empat program utama yang dilaksanakan setakat 31 Mac lepas.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd. Shibli Abang Mohd. Nailie berkata, antara yang telah dianjurkan termasuklah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan dan Program Membangunkan Institusi Islam.

“Selain itu zakat turut diagihkan kepada asnaf menerusi Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf anjuran TBS di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 600 pelajar tahfiz turut diraikan dan wang sagu hati juga diserahkan kepada mereka.

TBS turut menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM149 640 kepada penerima bagi meringankan beban semasa Ramadan dan membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Abang Mohd. Shibli turut memberitahu, pihaknya juga menyerahkan wang fidyah kepada 23 buah tahfiz. -TVS

Berita Berkaitan