LIMBANG, 9 April: Sebuah kedai kain langsir dua tingkat di bandar ini terbakar pagi ini.
Kebakaran yang berlaku jam 10 pagi ini menyebabkan bahagian tingkat atas kedai langsir terbabit ranap di jilat api.

Difahamkan anggota bomba sedang bertungkus lumus memadam kebakaran.
Ia merupakan kebakaran kedua bulan ini selepas kebakaran yang meranapkan dua buah rumah di Kampung Limpaong pada 4 April lepas.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL. – TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.