TPM Fadillah agih bubur pedas di Kampung Semariang Baru Fasa 3

Spread the love

KUCHING, 8 April: Sebanyak 600 bungkus bubur pedas diagihkan kepada penduduk Kampung Semariang Baru Fasa 3 di sini hari ini.

Agihan hidangan tradisi Sarawak itu telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petrajaya setelah usai beliau berjemaah solat Asar bersama penduduk setempat.

Acara tersebut merupakan acara tahunan anjuran Surau Darul Falah bersama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.