Abang Johari serahkan sumbangan Ramadan kepada anak yatim

Spread the love

KUCHING, 5 April: Seramai tujuh anak yatim kepada bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang meninggal dunia menerima sumbangan sempena Ramdan.

Sumbangan disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Berbuka Puasa DBKU petang tadi.

Kesemua penerima berusia bawah 15 tahun.

Solat berjemaah turut diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa DBKU yang berlangsung hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pada majlis berkenaan, Abang Johari turut menyertai jemputan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah sebelum diteruskan dengan solat sunat Terawih.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzruddin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki dan Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.