KUCHING, 4 April: Sebuah lori tangki minyak dengan muatan diesel merempuh bahagian belakang lori treler sehingga menyebabkan kebakaran pada bahagian pemandu di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 9.10 pagi tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dengan bantuan BBP Bintulu ke lokasi kejadian.

““Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori tangki minyak yang merempuh belakang sebuah lori treler,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan lebih kurang 40 peratus lori berkenaan.
“Ketua Operasi terus membuat size up dan mengarahkan anggota untuk memadam kebakaran tersebut menggunakan sumber buih dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.
Operasi pemadaman tersebut turut melibatkan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.