BALIK PULAU, 4 April: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati mengintai jirannya yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Seronok Bayan Lepas di sini, semalam.
Mangsa wanita berusia 34 tahun menyedari tindakan suspek itu selepas dia menerima video daripada jirannya yang memaparkan tingkah laku suspek sedang mengintai dari bahagian bilik mandi rumah kira-kira jam 8 pagi.
Video tersebut menunjukkan suspek berdiri di atas sebuah kerusi. Difahamkan, wanita itu telah memaklumkan kejadian tersebut kepada suaminya sebaik menerima video berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi satu kenyataan berkata, suspek berusia 32 tahun telah ditahan sejurus pihaknya menerima laporan.
“Hasil soal siasat mendapati suspek telah beberapa kali mengintai mangsa sebelum ini.
“Suspek kini direman sehingga 6 April depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.